Pas guna kanak kanak
Kandungan hudud di Brunei
Hukum Hudud telahpun dilaksanakan di Brunei. Berikut adalah kandungan hudud yang dijalankan di Brunei pada ketika ini. Sila rujuk Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013.
LELAKI BERLAGAK MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA 198
(1) mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana-mana perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana-mana tempat awam tanpa alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3bulan atau kedua-duanya sekali.
(2) mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana-mana perempuan yang memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana-mana tempat awam untuk tujuan yangg tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
TIDAK MEMBAYAR ZAKAT ATAU FITRAH 236
(1) mana-mana orang Islam yang telah ditaksirkan dengan sah sebagai wajib untuk membayar zakat atau fitrah di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dan gagal untuk memperolehi secara rayuan atau selainnya, pembatalan atau pengubahsuaian bagi penaksiran demikian, dengan sengaja gagal untuk membayar zakat atau fitrah tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduanya sekali.
KHALWAT 196.
(1) Mana-mana orang Islam yang melakukan khalwat adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(2) Mana-mana orang bukan Islam yg melakukan khalwat dengan
orang Islam adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(3) Dalam bab ini, KHALWAT bermakna
(a) bersekediaman, bersekedudukan, berkurung; atau
(b) Mengasingkan diri dalam keadaan berhampiran yg mendatangkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan maksiat,
TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT 194.
Mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dengan tiada uzur syar’ie atau tiada alasan-alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $200 bagi kesalahan pertama, dikenakan suatu denda tidak melebihi $300 bagi kesalahan kedua, dan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000 bagi kesalahan ketiga atau berikutnya.
TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADHAN 195.
(1) Mana-mana orang yang memakan atau meminum atau menghisap apa jua tembakau ditempat awam semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(2) Mana-mana orang yg menjual atau menghidang ada jua makanan atau tembakau untuk dimakan,diminum atau dihisap dengan serta merta di tempat itu juga, di tempat awam, semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua- duanya sekali.
(3) Ceraian (2) hendaklah tidak dikenakan kepada mana-mana pengamal perubatan atau mana-mana orang lain yang menghidang apa jua makanan, minuman atau ubat kepada mana-mana pesakit semasa waktu-waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan yang tanpanya pesakit itu terjejas.
(4) Jika mana-mana orang yang gagal mematuhi ceraian (2) dalam kedudukannya sebagai pekerja kepada orang lain, majikannya hendaklah dianggap telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut dan telah menyebabkan kesalahan itu dilakukan oleh sebab subahat itu melainkan dia dapat membuktikan bahawa kesalahan tersebut telah dilakukan tanpa kebenaran, kuasa, pengetahuan atau keizinannya dan dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah daripada perbuatan itu dilakukan.
HUKUMAN ZINA 69.
(1) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara’ setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd seperti berikut –
(a) jika dia muhshan, direjam sehingga mati dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam; atau
(b)jika dia ghairu muhshan, disebat 100 sebatan dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun.
(2) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukan di bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan-
(a) jika dia muhshan, disebat tidak melebihi 30 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun; atau
(b) jika dia ghairu muhshan, disebat tidak melebihi 15 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.
(3) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seorang Islam dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak- kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan di bawah ceraian (1).
(4) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seseorang Islam dan dibuktikan dengan keterangan selain daripada yang diperuntukan di bawah ceraian (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan dibawah ceraian (2).
HUKUMAN ZINA JIKA PESALAH BUKAN MUKALLAF ATAU BELUM MENCAPAI UMUR
BALIGH. 70. Jika mana-mana orang yang bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh melakukan zina dan-
(a) dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara’ setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 30 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun; atau
(b) dibuktikan dengan keterangan selain daripada yg diperuntukan dibawah perenggan (a) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 15 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.
HUKUMAN MENCURI
Nilai minimum barang curi untuk kena hukum hudud ialah 1 dinar (4.25g emas)
(A) Jika didapati bersalah (dengan cara pengakuan sendiri atau saksi2 yang sah) maka :
kesalahan pertama potong tangan kanan hingga pergelangan tangan.
-kesalahan kedua potong kaki kiri hingga lutut
-kesalahan ketiga dan seterusnya – penjara tidak lebih 15 tahun
Kalau bersalah bukan cara diatas (A) : kena penjara dan denda.
Pengecualian :
-pesalah 15 tahun ke bawah atau tidak siuman…
-owner memang tak jaga keselamatan barang
-pencuri bayar sikit, lepas tuh lari….
-benda curi senang dapat dan mudah hancur (contoh : buah-buah)
-benda curi tiada nilai di sisi syarak (arak, alat musik)…
-pencuri curi dari penghutang yang tak nak bayar hutang pencuri…. (nilai jangan lebih pulak)
-keadaan memaksa : bencana alam, perang
-bini curi dari suami atau sebaliknya (kecurian dalam keluarga sendiri)…
Perbezaan antara hudud Kelantan dengan T’ganu
PETALING JAYA: Dua hari lalu FMT telah menyiarkan kandungan hukum hudud Brunei. Hari ini FMT menyiarkan kandungan hukum hudud Kelantan yang berbeza dengan hukum hudud Terengganu sedangkan ketika itu Terengganu juga diperintah oleh PAS.
Mengapa tiada keseragaman? Hukum hudud Brunei untuk semua orang Islam dan bukan Islam tetapi hukum hudud Kelantan dan Terengganu untuk orang Islam sahaja. Kenapa ada perbezaan di antara Brunei dengan Kelantan?
Sekarang sudah jelas terbukti bahawa hudud yang diperkenalkan oleh PAS penuh dengan kecelaruan. Oleh itu jawatankuasa teknikal yang dicadangkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diharapkan dapat menyeragamkan kandungan hukum hudud Kelantan dan Terengganu.
Sehingga kini ada tiga versi hudud PAS yang masing-masing berbeza. Pertama hudud Pas Kelantan yang bernama Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 mempunyai 72 fasal. Kedua hudud Pas Terengganu yang dibentang dalam seminar pada 12 Mei 2002 bernama Draf Cadangan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu mempunyai 74 fasal. Ketiga Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (EKJS) (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M yang mengandungi 67 fasal sahaja.
Mana satukah hudud yang sebenar antara ketiga-tiga hudud PAS itu? Draf yang dibentangkan pada seminar di Kuala Terengganu 12 Mei 2002 ada Bughah (Fasal 23, 24 dan 25). Sedangkan dalam EKJS (II) 1993 Kelantan dan rang yang diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 7-9 Julai 2002 tidak ada Bughah.
Mengapakah bughah diketepikan dalam kedua-dua undang-undang hudud itu?
Mengapakah berlaku beberapa peruntukan dalam rang enakmen yang dibentangkan di DUN Terengganu 7-9 Julai 2002 tidak ada dalam EKJS (II) 1993 Kelantan? Apakah EKJS (II) 1993 Kelantan itu tidak menepati hudud Allah? Misalnya rang yang diluluskan di DUN Terengganu ada kesalahan rogol dan ia diperakui pula sebagai kesalahan hudud {(Fasal 9(1) & (2)}. EKJS (II) 1993 Kelantan juga tidak ada peruntukan yang menyebabkan kesalahan zina tidak boleh dijatuhkan.
Sedangkan dalam rang yang diluluskan oleh DUN Terengganu fasal 17 (a-h) memperuntukkan lapan keadaan apabila berlaku mana-mana satu daripadanya menyebabkan kesalahan zina ke atas tertuduh itu tidak boleh dikenakan.
Zina
Dua daripadanya sebagai contoh ialah `Kedua pasangan tertuduh berkahwin (17e)’ dan `Apabila zina itu berlaku dengan kekerasan, sihir, pukau, minuman atau guna ubat-ubatan (17f).’
Begitu juga fasal 18 rang EKJS (Hudud dan Qisas) Terengganu memperuntukkan kesalahan zina mahram. Sedangkan tidak ada dalam EKJS(II) 1993 Kelantan. Fasal 18 ini juga tidak ada dalam Draf Undang-Undang yang dibentangkan dalam seminar 12 Mei 2002 itu.
Hudud apakah yang PAS taja? Dua negeri pun boleh berbeza dan sesama sendiri di Terengganu pun jelas tidak serupa.
Ini pula dibentangkan tiga peruntukan yang ada dalam EKJS (II) 1993 Kelantan, tetapi tidak dipakai terus dalam Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M?
Pertama musahaqah fasal 19 (menggesel-gesel sesama faraj atau dikenali juga dengan panggilan Lesbian). Kedua itiyyan al-maitah fasal 20 (setubuh dengan mayat). Dan yang ketiga itiyan al-bahimah fasal 21 (setubuh dengan binatang).
Kecelaruan begini membuktikan bahawa ia dibuat secara bergopoh-gapah dan tidak ada usaha sama untuk penyelarasan di antara mereka. PAS mestilah bertanggungjawab penuh dengan segala keraguan yang timbul di kalangan orang ramai sehingga telah menjejaskan imej hudud Allah yang sebenar.
Ada lagi beberapa kecelaruan seperti Fasal 21 dalam rang EKJS (Hudud dan Qisas) Terengganu menggariskan 20 perkara yang menyebabkan tidak boleh dikenakan hukuman hudud mencuri. Sedangkan dalam EKJS(II) 1993 Kelantan hanya 15 perkara sahaja.
Satu perkara yang berupa prinsip paling penting ialah hakim. Dalam urusan pelantikan hakim terdapat dua percanggahan besar. Pertama tidak merujuk langsung kepada 15 syarat kelayakan menjadi hakim mengikut hukum syarak.
Hakim
Yang kedua rang EKJS (Hudud dan Qisas) Terengganu tidak ada peruntukan khusus mengenai syarat-syarat kelayakan menjadi hakim. Sebaliknya sekadar disentuh secara tumpang dalam fasal 66 (1) Mahkamah Bicara Syariah Khas yang berbunyi “…daripada hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau daripada seorang yang berkelulusan dan berkelayakan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.”
Yang peliknya apa yang dibentangkan dalam seminar 12 Mei 2002, bulat-bulat PAS Terengganu mencedok fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan menjadi fasal 70 dalam `Draf Cadangan’ yang dibentang pada seminar di Kuala Terengganu. Tiba-tiba dalam rang yang diluluskan di DUN 7-9 Julai 2002 terus dibuang sahaja fasal berkenaan.
Apakah peruntukan fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan itu tidak diiktiraf oleh PAS Terengganu?
Tetapi harus diingat, apabila tidak mengikut syarat-syarat kelayakan dalam Islam maka seseorang hakim itu tidak sah melakukan perbicaraan. Dengan itu seluruh proses Mahkamah Syariah Khas di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu menjadi tidak sah.
Ada dua fasal dalam rang EKJS (Hudud dan Qisas) Terengganu itu membuktikan Datuk Seri Abdul Hadi juga keliru. Kalaulah beliau yang menjadi tuan empunya sendiri pun keliru maka tidak hairanlah rang EKJS (Hudud dan Qisas) Terengganu menjadi bercelaru.
Pertama mengenai `kenyataan Qarinah hamil atau melahirkan anak bagi wanita yang tiada suami menjadi bukti kesalahan zina {Fasal 49(2)}’ adalah ternyata membebankan wanita.
Bagaimanapun kenyataan Abdul Hadi semacam tidak faham dan bercanggah dengan enakmen. Mengikut temu ramah Mingguan Malaysia yang disiarkan pada 9 Jun 2002, Abdul Hadi berkata, “Kehamilan boleh dijadikan bukti tetapi tidak cukup dengan itu sahaja untuk menjatuhkan hukuman hudud, sebaliknya mesti ada keterangan-keterangan yang jelas. Sebab itu mazhab Shafie mengatakan orang yang hamil tidak boleh dijatuhkan hukuman hudud, mestilah dia dengan rela mengatakan dia telah berzina.”
Mengapakah Abdul Hadi tidak menjelaskan rasionalnya enakmen itu? Sebaliknya membuat kenyataan yang bercanggah terus dengan enakmen. Mengapakah tidak dipinda sahaja fasal 49(2) itu? Kekeliruan yang kedua ialah mengenai pemakaian enakmen ini hanyalah ke atas orang Islam sahaja. Sedangkan orang bukan Islam diberikan pilihan {Fasal 59(1) dan (2)}.
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)





.jpg)











.jpg)


